Kewangan

Posted by en.sharil | Posted in | Posted on 12:38 PG


4 Langkah Mudah Urus Wang Dengan Bijak

by Yunus on August 16, 2012
Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak hutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:
Langkah 1: Menetapkan Matlamat Kewangan Anda
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapaimatlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.
Langkah 2: Jejaki Ke Mana Perginya Wang Anda
Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.
Langkah 3: Menilai Tabiat Berbelanja Anda
Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.
Langkah 4: Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda
Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.
Awas! Kad Kredit Adalah Liabiliti Kepada Anda Sekiranya Disalahgunakan!
Teruskan Bacaan

Simpanan Persaraan – Apa Matlamat Anda?

by Yunus on August 4, 2012
Hari ini saya akan berkongsi matlamat pertama kita menyimpan wang iaitu simpanan untuk persaraan. Dalam hal ini, kita semua perlu memperuntukkan sejumlah wang ataupun sebaik-baiknya, sejumlah wang yang besar untuk persaraan. Hakikatnya, kita semua akan bersara pada suatu hari kelak, itu memang tidak dapat dielakkan.
Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan suatu mimpi indah, bukan ?
Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55 tahun. Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan memulakan kerjaya yang baru.
Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.
Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi masa yang paling getir dalam hidup anda. Anda sudah terlalu tua untuk memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru. Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !
Teruskan Bacaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Terima kasih kepada semua pelawat yang masih setia membaca artikel-artikel yang dikeluarkan di dalam blog ini. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan satu isu dalam bidang kewangan iaitu Aset VS Liabiliti. Mungkin ramai antara kita yang masih kurang arif dalam mengurus kewangan mereka. Lebih mendukacitakan apabila ada antara mereka yang menanggung hutang sehingga ratusan ribu ringgit.
Apa yang terlintas di fikiran kita tentang aset ialah harta seperti kereta dan rumah. Ya, memang betul kereta dan rumah merupakan aset penting kepada kita dan tidak salah saya kata bahawa setiap orang akan meletakkan dua harta tersebut sebagai impian pertama untuk dipenuhi. Jawapan sebegini juga diberikan sekiranya anda bertanya kepada akauntan atau pagawai bank. Bank sememangnya mengalu-alukan kehendak pelanggan mereka untuk membuat pinjaman perumahan mahupun kereta.
Ringkasnya, dalam erti kata yang lebih mudah difahami, aset adalah harta atau benda yang dapat menyalurkan pendapatan atau wang kepada anda. Manakala, liabiliti pula adalah harta atau benda yang menyebabkan wang anda keluar daripada poket anda.
Walau bagaimanapun, kereta dan rumah boleh menjadi aset kepada anda sekiranya kereta dijadikan teksi atau kereta sewa dan rumah yang anda beli disewakan kepada orang ramai. Pembentukan aset sebegini akan menyalurkan sumber pendapatan semula kepada anda. Jika tidak, kereta dan rumah sebenarnya adalah liabiliti kepada kita kerana kita perlu membayar ansuran bulanan kereta dan rumah setiap bulan. Ini tidak termasuk duit minyak dan kos membaikpulih kereta lagi. Namun begitu, saya akui, kereta dan rumah merupakan keperluan utama bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Antara perkara yang boleh dikategorikan sebagai aset ialah seperti pelaburan di mana anda mendapat dividen mengikut peratusan tertentu setiap bulan atau setiap tahun. Pelaburan ini merangkumi pelbagai bidang. Contohnya seperti pelaburan dalam bidang emas, hartanah, ternakan, perladangan, pertanian, pengangkutan, pembinaan, media dan sebarang bentuk yang menyalurkan sumber pendapatan kepada anda setiap hari, bulan atau tahun.
Manakala liabiliti pula ialah seperti kad kredit, kereta dan rumah persendirian, pinjaman peribadi dan apa sahaja yang menyebabkan wang anda keluar setiap hari, bulan atau tahun. Adakah anda perasan, kebanyakan keperluan harian kita adalah liabiliti kepada kita.
Jadi, bagaimanakah cara penyelesaiannya? Adakah dengan membuat pinjaman akan menyelesaikan segala hutang kita? Pinjaman hanya akan membesarkan lagi medium liabiliti anda? Atau bagaimana? Apakah platform pelaburan terbaik untuk anda cover semula semua hutang anda? Kalau tidak membuat pinjaman, bagaimana mahu berniaga atau melabur? Dari manakah kita nak dapatkan modal untuk memulakan perniagaan? Semua ini akan saya kupaskan dalam entry yang akan datang. :-)
Teruskan Bacaan

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

by Yunus on April 22, 2012
Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kita perlu ketahui poin A.
Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?
1: Kewangan Tidak Selamat (Finacially Not Secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan. Dalam erti kata lain, sekiranya ada simpananpun, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa sahaja. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!
2: Kewangan Selamat (Financially Secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu bekerja!
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?
Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.
3: Bebas Kewangan / Mandiri Kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).
4: Tahap Tersangat Kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai…teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.
Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!
Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

Teruskan Bacaan

Kewangan : Rahsia Kekayaan dan Kebahagiaan

by Yunus on April 22, 2012
Adakah anda ingin tahu rahsia kebahagiaan dan juga untuk tidak dibebani masalah kewangan. Adakah anda mahu tahu tentang suatu perkara yang bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kewangan, tetapi pada masa yang sama mendatangkan kebahagiaan hidup ? Kalau begitu, bersedialah. Dalam dua saat berikutnya, saya akan mendedahkan rahsia tersebut.
Sudah bersedia ? Inilah rahsianya, iaitu hiduplah mengikut kemampuan.
Hidup mengikut kemampuan : Itulah kunci kebahagiaan dan kebebasan kewangan. Hiduplah mengikut kemampuan dan ukurlah baju di badan sendiri. Inilah langkah pertama yang harus dibuat untuk memperoleh kebahagiaan dan untuk bebas daripada masalah kewangan.
Walaupun ia merupakan syarat yang asas dan mudah, kebanyakan orang tidak mampu melakukannya. Sebaliknya, mereka beria-ria berbelanja melebihi pendapatan. Wang yang diperoleh akan dibelanjakan untuk membeli itu dan ini. Amalan ini pastinya membawa padah, yakni dibebani masalah kewangan.
Tetapi, apakah yang dimaksudkan hidup mengikut kemampuan ?
Ia melibatkan beberapa perkara. Pertama, walau sebanyak manapun gaji dan wang yang masuk, kita hendaklah berbelanja kurang dari itu pada setiap bulan. Kedua, belilah barang yang kita benar-benar mampu, iaitu yang mana tidak melebihi sumber kewangan kita, dan akhir sekali kita perlu menerima hakikat bahawa ada benda yang tidak mampu kita miliki.
Jika anda dapat melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, sudah pasti anda akan berjaya. Anda kaya kerana sentiasa berduit.


6 Cara Membina Kekayaan

by Yunus on July 14, 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pembaca,
Pada entry kali ini, saya berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana berkenaan 6 cara bagaimana untuk kita membina kekayaan dalam hidup kita. Saya percaya, setiap manusia yang lahir ke dunia ini memasang impian untuk menjadi kaya-raya dalam hidup mereka. Namun begitu, tidak semua yang berjaya mencapai impian tersebut. Sebenarnya, kita tidak ada ilmu tentang kekakayaan dan oleh sebab itu, perjalanan hidup kita hanya mengikut laluan-laluan normal kehidupan. Bak kata orang, kalau kita mahu menjadi kaya, kita kena buat apa yang orang kaya buat kerana beza antara orang kaya dan orang miskin ialah tahu dan tidak tahu. Itu sahaja. Baiklah, jom ikuti tip-tip membina kekayaan.
1. KAYA KETURUNAN
“Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth”.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.
2. MENJADI USAHAWAN ATAU AHLI PERNIAGAAN
Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.
Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.
Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.
Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.
Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.
3. BEKERJA KERAS UNTUK MENDAKI JAWATAN DEMI JAWATAN
Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.
4. MENJADI  PAKAR ATAU PROFESSIONAL DI DALAM SESUATU BIDANG
Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.
5. TERLIBAT DI DALAM “SALES” (BIDANG JUALAN)
Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.
Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.
6. NASIB, BAKAT ATAU TERPIJAK
Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.
Artikel ini dipetik dari Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.
Begitulah 6 cara untuk anda membina kekayaan seperti yang diberitahu oleh Dr Azizan Osman.

Network – Tip Luaskan Empayar Berkualiti

by Yunus on June 27, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bertemu kembali kita dalam rencana seterusnya. Lebih 2 minggu saya tidak menulis sesuatu di dalam blog ini. Dalam tempoh itu, saya menerima banyak pesanan menerusi email dan facebook saya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas ke semua pesanan tersebut. Ini kerana, saya sangat sibuk dengan jadual yang agak padat setiap hari. Boleh dikatakan setiap hari saya ada temujanji dengan klien-klien baru yang ingin menyertai RGCX. Ya, RGCX yang tentulah lebih POWER di abad ini.
Paling saya terharu, seorang rakan saya En. Bukhari Ibrahim yang merupakan seorang kerani di sekolah, dapat mengeluarkan BMW 3 Series pada bulan ke-2 menyertai RGCX. Sebelum ini, beliau hanya memakai kereta kancil. Itu punsecond hand. Rezeki anak. Alhamdulillah dan untuk pengetahuan semua pembaca, akan ada beberapa orang lagi pelabur RGCX di bawah Golden Power Group yang akan keluar dengan BMW. Yeahhh…mmg POWER! Baiklah, saya tidak berhajat untuk bercerita panjang mengenai kejayaan RGCX keranasememangnya TERBUKTI POWER!
En. Bukhari Ibrahim
Jadi, untuk entry kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimanakah kaedah terbaik untuk menghasilkan sebuah network atau jaringan yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Ini penting untuk memastikan empayar perniagaan anda terus berlaku perkembangan yang pesat dari semasa ke semasa serta membuahkan hasil kejayaan yang begitu luar biasa untuk setiap ahli yang berada di dalam sesuatu jaringan itu. Ikuti tip-tip untuk mendapatkan networkyang berkualiti.
Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”
Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
  • Perlu Berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu Menambahkan Jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu Punyai Perasaan Tolong-Menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

Comments (0)

Catat Ulasan